Monday, May 10, 2010

Ternak kambing kampung kecil-kecilan

Salam.

Salam buat semua warga penternak khususnya. diharap wujudnya laman blog ini dapatlah kiranya rakan2 berkongsi pengalaman dan pendapat dengan saya.

Minat menternak saya dipupuk sejak peringkat sekolah rendah lagi. Ketika itu ayah menternak kambing biri-biri dimana saya menjadi gembala pada sebelah petang. Dah sepuluh tahun semuanya berlalu, kini saya hanya seorang penjawat awam yg amat berminat utk menternak kambing. Ayahku kini masih menternak kambing, tetapi bukanlah dari baka popular masa kini (boer/ jamnapari ) hanya baka kambing kampung atau dikenali sbg Katjang( kacang).

Pernah juga saya bertanyakan sbb memilih kambing kampung utk diternak, jawapannya membuatkan saya berfikir sekejap. Kata ayah pasaran utk kambing kampung lebih baik dipersekitaran kampung dan mampu dibeli orang kampung berbanding baka Boer / Jamnapari yang agak mahal. Pendapat setiap orang itu berbeza.

Kebanyakan laman blog yang saya lawati dan amati juga hanya memaparkan baka popular seperti boer dan jamnapari dan baka import yg lain. Tiada yang hanya menternak baka kampung secara komersil. Sepanjang pengamatan saya, rata-rata menyatakan kebaikan baka boer yg dpt menghasilkan peratusan daging yg tinggi berbanding baka lain.

Sekiranya rakan2 ternak sekalian mempunyai pendapat yg berlainan / ingin berkongsi pendapat sudilah berkongsi dengan saya...

No comments:

Post a Comment